My Add

Saturday 16 June 2012

Anwar didesak henti fitnah PM

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004.

''Kita dapat melihat tiada kaitan di antara Altantuya dan isu Scorpene kerana mendiang dan Abdul Razak berjumpa selepas perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai.

''Anwar dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang cuba memutar-belitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya namun semua tuduhan mereka terhadap Najib sebenarnya tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini tentang tindakan Anwar mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar enggan mematuhi arahan Anwar kerana tiada bukti yang mengaitkan Najib dalam dua isu itu.

Zahrain menambah, pembangkang mula memfitnah Najib berhubung isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.

''Sepatutnya isu-isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan kerana Perdana Menteri telah melafazkan sumpah bagi menunjukkan beliau tidak bersalah.

''Memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian terasa, pembangkang kini mengulangi permainan politik kotor itu dengan mereka cerita semata-mata untuk membohongi rakyat," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Zahrain turut membidas Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene walaupun tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

''Bila kita tanya tentang bukti, Suaram kata tiada. Tuduhan terhadap Najib dibuat berdasarkan kepada andaian sahaja," katanya.

Dakwa Zahrain, beliau tahu siapa sebenarnya yang mendalangi Suaram dan Anwar diminta tidak menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menyebarkan fitnah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment