My Add

Tuesday 19 June 2012

Anwar didesak supaya jawab pendedahan Abdul Murad

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak supaya menjawab segera pendedahan yang dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa Penasihat PKR itu mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi, berkata Ketua Pembangkang itu sehingga kini masih berdiam diri berhubung isu itu malah Anwar tidak berani untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan mahkamah terhadap Abdul Murad.

"Saya minta Anwar pulangkan kembali wang RM3 bilion kepada rakyat seperti yang didedahkan oleh Abdul Murad sebelum ini, malah beliau (Abdul Murad) berkata bahawa beliau juga bertanggungjawab di atas akuan sumpah yang dibuatnya sebelum ini.

"Sedangkan Anwar pula berdiam diri sehingga hari ini, oleh itu pada saya Anwar wajib pulangkan balik wang RM3 bilion itu kepada rakyat, sebab saya tidak fikir ketika itu Anwar mampu memiliki wang sebegitu banyak," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. 


No comments:

Post a Comment