My Add

Wednesday 20 June 2012

Anwar wajar undur segera dari arena politik - GAPS

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 201: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar berundur segera daripada arena politik ekoran pendedahan demi pendedahan melibatkan pelbagai kes salah laku yang dikaitkan dengannya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia termasuk skandal yang didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengenai akaun berjumlah RM3 bilion yang didakwa dikawal Anwar.

Menurutnya, pendedahan terbaru itu sekiranya benar, menunjukkan Anwar seorang ahli politik yang tidak mempunyai integriti dan sanggup menyalahgunakan kuasa sewaktu diberi amanah sebagai pegawai kanan dalam pentadbiran negara.

"Individu seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dan seharusnya pembangkang menggantikan Anwar dengan orang yang lebih layak antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hamidzun berkata demikian bagi mengulas pengesahan Abdul Murad semalam bahawa beliau ada membuat pengakuan berkanun pada 1999 melibatkan 20 akaun induk yang dikawal oleh Anwar.

Sementara itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, masyarakat harus sedar dan mengakui Anwar tidak pernah berpegang kepada prinsip kebenaran seperti yang dilaungkan pada setiap ceramahnya.

"Anwar sering memperkatakan tentang keadilan dan ketelusan, tetapi sewaktu berkuasa, beliau sanggup mengarahkan anak buahnya melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan sikap yang sepatutnya ditonjolkan seorang pemimpin.

"Jika rakyat memberi mandat kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri, pastinya perkara lebih buruk akan terjadi, mungkin negara juga akan tergadai," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment