My Add

Sunday 17 June 2012

Azmin cuba sembunyikan sesuatu - Anuar

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali cuba menyembunyikan sesuatu kerana sehingga kini belum menjelaskan tentang pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.

Katanya, sikap berdiam diri Azmin itu telah menimbulkan keraguan banyak pihak yang mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Anuar juga mahu Azmin memberi penjelasan tersebut dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan membuat laporan polis untuk menyiasat perkara tersebut.

''Sudah tiga hari isu itu ditimbulkan dan sebagai pemimpin dia perlu tampil untuk memberi penjelasan kepada umum bukan pada ceramah-ceramah tanpa mengemukakan bukti. Sekarang adalah peluang untuk dia memberikan penjelasan tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, Anuar meminta Azmin memberi penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran berkenaan namun sehingga hari ini Azmin tidak memberi sebarang penjelasan.

Beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanya seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, sikap Azmin yang mendiamkan diri itu juga memperlihatkan seolah-olah perkara tersebut terkena 'batang hidung sendiri'.

''Jika pemimpin kerajaan malah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh tampil menjelaskan isu bidaan nombor plat WWW 1 kenapa Azmin tidak boleh melakukan perkara yang sama,'' katanya.

Malah, kata Anuar, Azmin tidak perlu takut memberi penjelasan kerana jika tidak benar, dia boleh membawa kes tersebut ke peringkat lebih tinggi untuk disiasat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment