My Add

Friday 8 June 2012

Bagaikan kerajaan Abu Nawas

KOTA BHARU, KHAMIS, 07 Jun -==, 2012: Tindakan memohon derma daripada rakyat untuk membina sesuatu projek, hanya wujud pada zaman penjajah kerana pemimpin ketika itu bekerja secara sukarela dan dibantu rakyat yang menuntut kebebasan.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, situasi itu bagaimanapun tidak lagi berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan kerana setiap negeri mempunyai sumber pendapatan sendiri untuk menampung pembangunan yang dirancang.

Justeru katanya, dengan bayaran gaji, elaun dan kenaikan gaji tahunan yang diterima setiap pemimpin kerajaan, mereka tidak berhak meminta wang atau derma, sebaliknya bekerja keras mencari sumber kewangan untuk manfaat rakyat.

"Kerajaan Pas Kelantan bukan kerajaan yang belum merdeka dan tidak mempunyai cukai pendapatan atau langsung tidak ada sumber pendapatan," katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment