My Add

Saturday 16 June 2012

Bantu ekonomi keluarga pekerja

Oleh MARZITA ABDULLAH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Langkah kerajaan untuk menetapkan had umur persaraan swasta kepada 60 tahun dilihat dapat membantu ekonomi keluarga golongan pekerja yang terlibat.

Ini kerana rata-rata pekerja kini mempunyai tanggungjawab berat yang harus dipikul antaranya hutang rumah, kereta dan pendidikan anak-anak walaupun masing-masing hampir mencapai umur persaraan 55 tahun.

Presiden Kesatuan Kongres Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan berkata, pelaksanaan had umur persaraan itu dapat mengurangkan beban kerana kebanyakan pekerja yang bersara pada usia 55 tahun masih mempunyai banyak tanggungan tetapi simpanan yang sedikit.

"Berdasarkan satu tinjauan mendapati mereka yang bersara pada usia 55 tahun, mempunyai baki simpanan tunai berjumlah RM50,000 sedangkan masih mempunyai tanggungan lain terutama pendidikan anak- anak,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment