My Add

Wednesday 20 June 2012

Bawa balik dua beradik diteruskan

*ABDUL Azeez Abdul Rahim (kanan) membantu seorang warga emas bangun dari tempat tidurnya semasa melawat golongan itu di Kampung Iboi, Baling, Kedah, semalam.

Oleh AZMAN MD. NOOR
BALING. SELASA, 19 Jun, 2012: Misi membawa pulang dua beradik yang kini berada di Nelson City, Wellington, New Zealand ke tanah air akan tetap diteruskan walaupun bakal berhadapan cabaran besar.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KPIM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia lebih kepada misi keagamaan apabila kedua-dua beradik itu, Muhamad Syayden Ingham Hanafi dan Muhamad Jamey Alano Ingham kini tinggal bersama keluarga angkat bukan Islam di negara itu.

"Kita sedar dan faham situasi kedua beradik berada bersama keluarga angkat, tetapi atas faktor keagamaan tetap kita teruskan," katanya selepas melawat warga emas di Kampung Iboi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment