My Add

Saturday 16 June 2012

BB Plaza: UDA bakal disaman?

*UDA Holdings Bhd. telah menawarkan pembelian tanah dan bangunan BB Plaza sebanyak RM370 juta kepada MRT Corp. Bhd.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun , 2012: UDA Holdings Bhd. (UDA) yang terpaksa 'melepaskan' Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan pembinaan stesen MRT, bakal dikenakan tindakan saman oleh penyewa-penyewa bangunan tersebut.

Sumber berkata, tindakan itu dipercayai akan dilakukan oleh penyewa memandangkan mereka masih mempunyai perjanjian kontrak sewa dengan UDA untuk tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

"Kami sudah pun mendapat ancaman mengenai saman ini.

"Setakat ini sukar untuk mengulas mengenainya sehingga MRT Corp. Bhd. mengambil alih BB Plaza," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sumber berkata, secara dasarnya penyewa-penyewa yang masih dalam perjanjian mempunyai hak untuk berbuat demikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment