My Add

Tuesday 19 June 2012

Bekas ketua jurutera TUDM selamat dibawa pulang

*AHMAD Sujak Bon selamat tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam. Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) antara yang menyambut beliau. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Bekas Ketua Jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brig. Jeneral (B) Datuk Ir. Ahmad Sujak Bon yang terlantar sakit di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini dengan bantuan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Menggunakan jet peribadi Perkhidmatan Antarabangsa SOS Sdn. Bhd., Ahmad Sujak yang diserang penyakit angin ahmar ketika menziarah kenalan di negara itu selamat tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, dekat sini, kira-kira pukul 2.55 petang.

Sambil melahirkan rasa terima kasih dan syukur, anaknya, Suraya, 30, berkata, ketibaan bapanya itu merupakan hadiah sempena sambutan Hari Bapa dan ulang tahun kelahirannya yang sangat bermakna. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment