My Add

Saturday 16 June 2012

Belia jangan terlibat aktiviti gugat keamanan

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Golongan belia disaran menolak segala unsur hasutan untuk berhimpun atau melakukan aktiviti yang mampu menggugat keharmonian negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, golongan itu perlu bijak menentukan tindakan mereka agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada negara.

"Saya yakin golongan belia di Wilayah Persekutuan bijak dan tidak mudah untuk digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha menggugat keamanan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Himpunan Jutaan Belia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) itu berjaya mengumpul hampir 800 anggota gabungan dari sekitar Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik turut melancarkan Skuad Sukarelawan MAYC yang akan mewakili persatuan tersebut bagi menghulur bantuan kepada masyarakat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment