My Add

Thursday 21 June 2012

Bendung pengganas: Polis perketat kawalan sempadan

NIBONG TEBAL, RABU, 20 Jun, 2012: Polis memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan bagi memantau pergerakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pengganas, selain membendung gejala itu daripada merebak di negara ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, walaupun Malaysia kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal, polis sentiasa berjaga-jaga dan memantau aktiviti kumpulan pengganas.

Menurut beliau, kerjasama turut dijalankan dengan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan pengganas termasuk kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

"Kita sentiasa memantau walaupun keadaan di negara ketika ini aman. Kita tidak boleh berasa selesa dan perlu mengambil langkah berhati-hati bagi membendung ancaman pengganas yang mungkin dari negara ini atau di peringkat serantau terutama Selatan Filipina dan Indonesia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment