My Add

Friday 15 June 2012

BN tidak pinggir golongan profesional

BAGAN DATOH. KHAMIS, 14 Jun, 2012: Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan golongan profesional, sebaliknya cukup yakin terhadap peranan penting kumpulan itu dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan sekali gus membantu merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peranan golongan itu bukan sahaja diperlukan dalam sektor swasta, malah mereka memainkan peranan penting bagi mentransformasikan sektor awam.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerjasama dengan golongan intelek dan profesional dalam menjayakan program transformasi negara.

‘‘Usaha sebegitu penting untuk kerajaan memastikan kesinambungan kepimpinan negara dapat diteruskan oleh golongan profesional yang mampu meneruskan dasar-dasar murni kerajaan.

‘‘Dalam menjayakan transformasi negara misalnya, kerajaan memerlukan golongan profesional terutamanya generasi muda supaya apa yang kita hasratkan dapat memenuhi harapan generasi masa hadapan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian ketika menyempurnakan ‘Program Jom Ronda’ anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hilir Perak di Hutan Melintang di sini malam tadi.

Sempena program itu, Ahmad Zahid turut menyertai rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama kira-kira 300 ahli Rukun Tetangga Taman Seri Ishaq Seri Melintang di sini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan pimpinan BN sejak sekian lama mewujudkan dasar-dasar pendidikan dan sosial bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional yang mampu menjadi penyumbang dalam agenda memajukan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment