My Add

Thursday 21 June 2012

Bot bawa 200 penumpang karam dekat sempadan Australia

SYDNEY, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Sebuah bot membawa kira-kira 200 orang karam di perairan Indonesia, 220 kilometer ke utara Pulau Krismas, menurut Pihak Berkuasa Maritim Australia.

Sky News melaporkan pesawat pasukan pertahanan Australia mengesan beberapa mangsa yang terselamat.

Pelarian yang mencari suaka di Australia sering belayar dari Indonesia ke Pulau Krismas dalam bot yang sarat. - Reuters

No comments:

Post a Comment