My Add

Thursday 21 June 2012

Bunuh ibu bapa saudara kerana diejek

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Perasaan dendam seorang lelaki yang dikatakan sering diejek oleh ibu dan bapa saudaranya berakhir dengan lelaki itu memukul sehingga mati pasangan suami isteri itu hari ini.

Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Jalan Pasar 8, Seri Kembangan dekat sini kira-kira pukul 4.30 pagi.

Siasatan mendapati mangsa, Lee Yoke Mun, 70, dan isterinya, Lee Kam Lin, 59, masing-masing tidak bekerja mengalami kesan cedera di kepala akibat dipukul dengan sebatang besi paip.

Yoke Mun ditemui di dalam tandas manakala isterinya di sebelah katil di bilik tidur mereka selepas kejadian itu dimaklumkan kepada polis oleh jiran mereka yang dipercayai mendengar bunyi bising dari arah rumah mangsa.

Menurut jurucakap polis, kedua-dua ibu bapa suspek berusia 44 tahun itu yang turut tinggal di rumah tersebut tiada di rumah kerana keluar menjual buah di pasar berdekatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment