My Add

Thursday 7 June 2012

Bursa kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR, RABU, 6 Jun, 2012: Bursa tempatan kekal berdaya tahan dan terus kukuh, disokong oleh asas-asas menggalakkan, meskipun dengan kemudahruapan yang berterusan di pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Tajuddin Atan berkata walaupun peserta pasaran kekal berhati-hati, prestasi bursa tempatan akan terus konsisten seiring dengan bursa serantau yang lain.

"Ekonomi Asia, terutamanya Malaysia, mempunyai asas yang kuat yang dirangsang oleh dasar yang digariskan oleh penggubal dasar dan syarikat," kata beliau selepas penyampaian anugerah tahunan "Malaysia Investor Relations".

Tajuddin berkata demikian sebagai mengulas prestasi bursa tempatan di sebalik kemudahruapan pasaran global pada masa ini.

Mengenai program IR, beliau berkata ia mempromosikan hubungan perindustrian yang boleh menonjolkan dan memprofailkan syarikat bagaimana kejayaan mereka.

"Saya rasa, pada peringkat tertentu, seharusnya ia turut memperlihatkan bagaimana syarikat mempamerkan prestasi mereka. Sudah tentu, antaranya, mereka akan lihat saham turun, konsisten dengan rantau ini," kata beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tajuddin berkata peranan pengamal IR kian penting memandangkan syarikat yang disenaraikan memerlukan bantuan mereka untuk mengekalkan tahap kepercayaan dan keyakinan para pemegang saham dan kepentingan mereka.

"Proposisi nilai jangka panjang ialah — melabur dalam amalan IR yang baik hari ini kerana apabila pasaran pulih, anda telah pun berada di barisan hadapan para pelabur." kata Tajuddin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment