My Add

Sunday 17 June 2012

`Cyrens' Sekolah Sri Kuala Lumpur juarai CHEER 2012

SHAH ALAM, AHAD, 17 Jun, 2012: Pasukan sorak Sekolah Sri Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara pertandingan CHEER 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Stadium Melawati di sini hari ini.

Pasukan sorak sekolah itu yang menggunakan nama Cyrens, menewaskan 38 pasukan dari 30 buah sekolah dari seluruh negara, sekali gus mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut sejak menyertai pertandingan itu pada 2010.

Dengan kemenangan itu, Cyrens membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, sijil dan piala pusingan.

Tempat kedua dimenangi pasukan Mickeymitez dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya manakala pasukan D* Starz dari SMK Sri Aman, Petaling Jaya di tempat ketiga.

Kedua-dua pasukan itu membawa pulang wang tunai masing-masingnya RM3,000 dan RM2,000 serta sijil penyertaan.

Pertandingan yang pada awalnya hanya disertai pasukan perempuan itu dibuka penyertaan kepada lelaki tahun ini menerusi penambahan kategori iaitu `Mixed Category’ yang dimenangi pasukan Zodiac Co-Ed dari SMK Kepong. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment