My Add

Friday 8 June 2012

Dalang kes culik Nayati di Eropah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Seorang lelaki tempatan yang diburu polis kerana menjadi dalang utama dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar (gambar), 12, pada 27 April lalu, disahkan masih lagi berada di Eropah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek yang melarikan diri bagi mengelak ditangkap belum dapat dikesan sehingga kini.

“Setakat ini, kita dapati lelaki berkenaan belum kembali ke Malaysia dan dipercayai masih berada di luar negara.

“Belum ada perkembangan baru dalam siasatan kes penculikan Nayati tetapi usaha mengesan suspek utama yang melarikan diri sedang giat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyertai Program Komuniti Kepolisan bersama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (PGA/Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim di pusat beli-belah Leisure Mall Cheras, di sini hari ini... - UTUSAN

No comments:

Post a Comment