My Add

Wednesday 20 June 2012

Dekati al-Quran mampu tingkat integriti

SHAH ALAM, SELASA, 19 Jun, 201: Para penjawat awam beragama Islam yang berkhidmat dengan agensi penguat kuasa disaran agar mendekatkan diri dengan al-Quran dan menghayati ajaran-ajaran yang terkandung di dalam kitab suci tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Heliliah Mohd. Yusoff berkata, pendekatan tersebut mampu untuk meningkatkan integriti mereka termasuk ketika dalam menjalankan tugas.

Katanya, punca segala salah laku dalam kalangan penjawat awam beragama Islam melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan adalah kerana mereka meninggalkan ajaran Islam dan menjauhi kitab al-Quran sebagai panduan hidup.

"Kesedaran dan pendidikan mengenai integriti juga diadakan melalui sesi dialog bersama para anggota penguatkuasaan bagi memastikan orang ramai memberikan kepercayaan kepada penjawat awam," katanya pada program Dialog Suruhanjaya Integriti Bersama Badan Bukan Kerajaan Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment