My Add

Wednesday 20 June 2012

Demonstrasi jalanan tidak kukuhkan demokrasi

SHAH ALAM, SELASA, 19 Jun, 2012: Demonstrasi jalanan yang sering diperjuangkan oleh parti pembangkang sebenarnya tidak membantu mengukuhkan proses demokrasi negara ini sebaliknya lebih banyak memberikan kemusnahan sekali gus menafikan hak orang lain.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah ketika membidas hujah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dalam debat malam ini menyatakan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lupa tentang wujudnya kerangka pemikiran yang tepat tentang perhimpunan dalam sistem demokrasi iaitu perlu menyeimbangkan antara hak individu dan kebebasan bersuara dengan keselamatan awam.

"Demonstrasi tidak membantu kukuhkan demokrasi, mungkin ia sebahagian daripada demokrasi tetapi tidak mengukuhkan, ini maknanya demokrasi sudah wujud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program debat bersama Salahuddin bagi mengupas tajukDemonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment