My Add

Monday 18 June 2012

Dia tak setuju dia punya fasal - Nik Aziz

KOTA BHARU, AHAD, 17 Jun, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan peringatan beberapa ulama terkenal apabila mempertahankan kenyataan beliau supaya ahli Pas yang terlibat secara langsung sebagai jentera parti dalam pilihan raya umum, menangguhkan ibadah haji.

Ini kerana menurut Nik Abdul Aziz, Rasulullah sendiri pernah menangguhkan ibadah haji selama empat tahun apabila hanya menunaikan ibadah tersebut pada tahun kesepuluh hijrah, sedangkan ayat mewajibkan ibadah haji diturunkan pada tahun keenam hijrah.

"Ya saya mempertahankan, dia tak setuju dia punya fasal, tapi kita ada hujah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 20 Tahun Ar-Rahn di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas peringatan beberapa ulama pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur semalam yang menyatakan umat Islam wajib menunaikan ibadah haji tanpa perlu menangguhkannya semata-mata untuk menyertai pilihan raya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment