My Add

Thursday 7 June 2012

Ditolak oleh golongan ‘parasit’

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN dan ABDUL RAZAK IDRIS
SHAH ALAM, RABU, 06 Jun, 2012: Beberapa pemimpin Pas, termasuk Ahli Parlimen parti itu kecewa kerana cadangan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan Melayu tidak dapat dilaksanakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh beberapa pemimpin Pas yang bertemunya secara peribadi.

Tambah beliau, pemimpin Pas itu merupakan kumpulan yang mampu berfikir secara realistik dan sedar mengenai kepentingan bermuzakarah dengan UMNO sekali gus berharap ia dapat direalisasikan.

“Mereka yang menolak muzakarah antara UMNO dan Pas sebenarnya adalah golongan parasit dalam Pas yang pemikiran mereka telah dipengaruhi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Minggu Destini Siswa Bersama Tokoh di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment