My Add

Monday 18 June 2012

Drogba ke China dengan bayaran tertinggi?

BEIJING, ISNIN, 18 Jun, 2012: Didier Drogna semakin pasti berpindah ke kelab Shanghai Shenhua apabila dia ditawarkan dengan gaji 200,000 pounds (RM973,000) seminggu, iaitu gaji tertinggi yang pernah ditawarkan kepada pemain di China.

Laporan media menyebut, Drogba yang meninggalkan Chelsea selepas membantu kelab EPL itu menjuarai Liga Juara-juara menewaskan Bayern Munich bulan lalu, akan mengumumkan perpindahan beliau ke Liga Super China hari ini.

Menurut akhbar Oriental Morning Post, kedua-dua pihak secara prinsipnya telah mencapai persetujuan untuk kontrak selama dua tahun setengah. - AFP

No comments:

Post a Comment