My Add

Thursday 21 June 2012

Dua rakan tidak mengaku perdagang remaja

MELAKA, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagang seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara Mei dan Jun lalu.

Tertuduh, S. Navinthadran, 19, dan K. Mathan Raj, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi dengan cara melacurkan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Bukit Katong, Rim, Jasin, antara awal Mei lalu pukul 8 malam hingga awal Jun lalu pukul 5 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Manusia 2010 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment