My Add

Monday 18 June 2012

Durian runtuh' pusingan kedua warga Felda diagih 7 Julai

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
BENTONG, AHAD, 17 Jun, 2912: Pemberian 'durian runtuh' pusingan kedua kepada warga Felda yang akan diagihkan pada 7 Julai ini akan turut melibatkan bekas isteri peneroka yang akan dibahagikan sama rata dengan isteri baru.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan baru-baru ini supaya 'durian runtuh' itu dibahagikan sama rata antara kedua-dua isteri.

"Bagi yang mempunyai dua isteri, kita telah menimbangkan supaya isteri pertama yang telah diceraikan membahagikan sama rata dengan isteri kedua serta dengan peneroka itu.

"Bagi peneroka yang berkahwin ramai juga, bantuan itu akan dibahagikan kepada semua isteri mereka. Isteri pertama dan kedua akan diberi sama rata iaitu masing-masing menerima RM2,500," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Penjenamaan Semula dan Pelancaran e-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment