My Add

Thursday 21 June 2012

Ekspedisi Trans Euro bakar semangat atlet Olimpik negara

SEPANG, RABU, 20 Jun, 2012: Seramai sembilan penunggang motosikal BMW dan seorang jurugambar berlepas ke Istanbul, Turki malam ini untuk memulakan ekspedisi Trans Euro yang bermula Sabtu ini.

Ketua Ekspedisi, Mohd. Faizal Sukree berkata, ekspedisi yang bermula di Istanbul dan berakhir di London, United Kingdom (UK) itu bakal merentasi 14 negara membabitkan jarak perjalanan sejauh 6,600 kilometer (km) dalam masa 33 hari.

Katanya, ekspedisi yang tidak melibatkan sebarang penajaan itu merupakan simbolik sokongan moral kepada atlet negara yang menyertai Olimpik 2012 di London bermula 27 Julai depan.

"Sebagai rakyat Malaysia, inilah sumbangan kami untuk membakar semangat atlet negara meraih kejayaan.

"Pengorbanan dan kesukaran yang ditempuhi mereka untuk layak dan bersaing dalam temasya paling berprestij itu jauh lebih besar daripada cabaran menanti kami di jalanan kelak," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment