My Add

Wednesday 6 June 2012

EMGS kelola kemasukan pelajar asing

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengelola semua permohonan kemasukan penuntut asing yang ingin melanjutkan pengajian di negara ini menerusi penubuhan Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, syarikat milik kementerian itu juga berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan penuntut terbabit.

Menurut beliau, permohonan kemasukan itu merangkumi institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah antarabangsa serta institusi latihan dan kemahiran yang dikendalikan Kementerian Sumber Manusia.

"Umum mengetahui kerajaan telah menetapkan sasaran 200,000 penuntut antarabangsa di IPT tempatan menjelang 2020 melalui Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Oleh itu, kerajaan bersetuju menubuhkan satu entiti baru iaitu EMGS," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment