My Add

Wednesday 20 June 2012

Ezam desak Anwar beri penjelasan

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan sama ada beliau mengetahui mengenai dua fakta penting yang sering dimanipulasikannya untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini menunjukkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004 iaitu selepas kerajaan menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002.

Menurut beliau, jarak masa yang ditonjolkan menerusi dua fakta penting itu pasti menggagalkan niat jahat pembangkang dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam usaha mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan isu kapal selam Scorpene.

"Niat jahat itu sudah pasti tidak akan mendapat sambutan orang ramai.

"Rakyat tahu ia adalah putar belit politik pembangkang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Suaram," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohamad Ezam mengulas desakan Zahrain yang meminta Anwar berhenti memfitnah Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.

Selain Zahrain, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini turut mendedahkan tindakan Anwar mengarahkan beliau mereka-reka bukti berhubung pembabitan Najib dalam dua isu itu.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Ezam mendesak pembangkang menjelaskan mengenai identiti individu yang membiayai semua kos kegiatan Suaram di Perancis.

"Kita juga mahu tahu siapakah individu yang rela menerima arahan untuk mereka-reka bukti pada kali ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment