My Add

Tuesday 19 June 2012

FGV belanja RM25j biasiswa pendidikan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) memperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk perbelanjaan biasiswa pendidikan sejak diwujudkan enam tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, peruntukan itu akan ditambah sekiranya FGV memperoleh keuntungan ekoran penyenaraian di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.

Tambah beliau, sejajar dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap bidang pendidikan, pihaknya turut memperuntukkan sebanyak RM900,000 untuk menaja seorang pelajar bermula dari peringkat A-Level hingga ijazah sarjana muda.

“Biasiswa ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendapat keputusan 9A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pada tahun ini, lebih 4,000 lepasan SPM memohon mendapatkan biasiswa berkenaan, namun hanya lapan pelajar yang berjaya selepas menjalani proses saringan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Biasiswa FGV di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment