My Add

Thursday 21 June 2012

Forum air ketepi wakil BN, SYABAS

SHAH ALAM, RABU, 20 Jun, 2012: Forum air anjuran kerajaan Selangor, baru-baru ini, disifatkan tidak adil kerana ia dianjurkan tanpa penyertaan wakil BN dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). 

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata ketiadaan wakil BN dan SYABAS yang menjadi pemegang konsesi utama menguruskan pengagihan air di negeri itu membuktikan forum itu sekadar mahu menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Jemputan tidak menyeluruh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan wakil SYABAS juga tidak dijemput sedangkan kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) memegang 30 peratus saham SYABAS.

“Forum Air Selangor sebenarnya hanya dibuat apabila isu mengenai air didedahkan oleh BN sedangkan janji mengenai air ditaburkan oleh pakatan pembangkang sejak dulu lagi. 

“Perkara penting ini sepatutnya dijadikan agenda serius kerajaan Selangor dan bukan difikirkan bila isu ini dibangkitkan rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan akhbar. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment