My Add

Tuesday 19 June 2012

Ghazala Javed, penyanyi popular Pakistan mati ditembak


PESHAWAR, SELASA, 19 Jun, 2012: Seorang penyanyi popular Pakistan yang melarikan diri daripada puak Taliban untuk meneruskan karier muzik, mati ditembak di Peshawar.

Menurut polis, Ghazala Javed, 24, ditembak enam kali oleh beberapa lelaki bersenjata ketika beliau meninggalkan pusat kecantikan.

Bagaimanapun, polis tidak mengesyaki puak Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu tetapi menyatakan bekas suami mangsa adalah suspek kes berkenaan.
Bapa mangsa yang berada bersama beliau turut terbunuh. - AFP

No comments:

Post a Comment