My Add

Saturday 16 June 2012

Guan Eng bertanggungjawab - Muhyiddin

GEORGETOWN, SABTU, 16 Jun, 2012: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap pembangunan di lereng bukit yang dilaporkan semakin rancak sehingga menjejaskan alam sekitar di negeri ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Kerajaan pusat telah menyediakan garis panduan dan peraturan pembangunan di kawasan bukit tetapi kerajaan negeri ini dilihat sebagai tidak mematuhinya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri majlis perhimpunan warga industri bersama Timbalan Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin berkata Lim seolah-olah membenarkan projek pembangunan tinggi di lereng bukit itu secara sesuka hati dengan mengabaikan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai projek pembangunan lereng bukit yang semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang sekarang.

Pada perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membenarkan cadangan membina sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan dan akan berbincang lanjut perkara itu dengan kepimpinan MCA.

"Pada umumnya kita setuju. Format sekolah itu kita akan bincang. Kita akan berbincang secara terperinci bagaimana ia akan diwujudkan," katanya.

Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan, Pahang 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.

Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment