My Add

Tuesday 19 June 2012

Hanya 4 kompaun dibayar sejak Mac lalu

*AHMAD Fuad Ismail (kanan) dibantu oleh Normah Malik mencuba aplikasi mySMS dan Saman Mobile dengan i-Pad sambil diperhatikan oleh Salleh Yusup (belakang kiri) dan Mohd. Najib Mohd. pada Majlis Perasmian mySMS DBKL dan Saman Mobile Apps di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
KUALA LUMPUR 18 Jun - Sikap sambil lewa dan degil warga kota terserlah apabila hanya empat kesalahan trafik yang telah dijelaskan bayarannya daripada 1,974 notis yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Mac lalu.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pihaknya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pesalah yang menerima notis selebihnya iaitu 1,970 untuk dibawa ke mahkamah.

Katanya, jika pesalah trafik itu masih tidak menjelaskan saman tersebut, mereka akan disenarai hitam mulai Julai ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment