My Add

Wednesday 20 June 2012

Harap mantapkan hubungan pekerja-kerajaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap pelantikan Datuk Seri Dr Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru dapat memantapkan lagi sektor perkhidmatan awam negara sekali gus menjayakan program transformasi kerajaan.

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata, kongres itu juga menyambut baik pelantikan Ali yang merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

"Kami harap dengan pelantikan ini hubungan antara pekerja dengan kerajaan akan bertambah baik dan harmoni," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, CUEPACS berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ali dalam tempoh terdekat.

Pelantikan Ali sebagai KSN berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Yim Pheng turut mengucapkan penghargaan kepada Mohd. Sidek di atas segala sumbangan beliau kepada sektor awam amnya serta kakitangan kerajaan khususnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment