My Add

Sunday 17 June 2012

Harga tayara naik sebelum pemandu teksi dapat baucer

SHAH ALAM, SABTU, 16 Jun, 2012: Pemandu teksi Selangor yang mendengar berita gembira bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi bantuan untuk mereka menukar tayar teksi mengeluh apabila mendapati sesetengah kedai di sini telah menaikkan harga barangan itu.

Sarimah Samsuddin, 39, berkata, beliau mendapati ada kedai menaikkan harga tayar bersaiz 13 inci yang lazim digunakan teksi daripada RM130 sebiji kepada RM145 selepas mendengar berita kerajaan akan memberi subsidi tayar kepada pemandu teksi.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berhubung program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemandu teksi dari seluruh negara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Jun ini.

"Kerajaan akan beri dua baucar bernilai RM520, maknanya kita boleh dapat empat biji tayar dengan harga RM130 (sebiji) tapi sekarang (harga) sudah naik," katanya.

Sarimah berkata, kadar RM130 adalah bagi sebiji tayar yang paling murah dan memandangkan harga telah meningkat kepada RM145, pemandu teksi sepertinya perlu menambah sebanyak RM15.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teksi Selangor, Ku Jaafar Ku Sulaiman

berkata beliau difahamkan baucar tayar tersebut boleh didapati di kaunter yang dibuka di Bukit Jalil pada 24 Jun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment