My Add

Thursday 21 June 2012

Hati-hati dengan individu menyamar ejen DCA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airports mengeluarkan amaran mengenai kegiatan penipuan oleh individu yang mengaku sebagai ejen “Kementerian Penerbangan Malaysia”.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa ejensi yang dikatakan itu sebenarnya tidak wujud dan kegiatan itu dipercayai oleh sendikit penipuan antarabangsa.

Mereka beroperasi dengan mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai “Dekri Tertinggi No.1121 - Peraturan dalam Pemakaian Undang-Undang 1007 ke atas Dasar Perjalanan Udara” dengan mensasarkan pelancong yang meninggalkan negara ini.

Komplot penipuan itu mendakwa bahawa penubuhan undang-undang itu adalah untuk memperkenalkan Elaun Perjalanan Asas (BTA) bahawa penumpang yang meninggalkan Malaysia dikehendaki menunjukkannya di lapangan terbang.

"Kami ingin memaklumkan kepada pelancong bahawa dokumen ini bukan dokumen yang sah,” kata satu kenyataan Malaysia Airports hari ini.

Kenyataan itu berkata orang ramai yang ingin melancong harus sedar bahawa Malaysia tidak mengenakan apa-apa BTA kepada penumpang yang meninggalkan negara ini.

Malaysia Airports berkata penipuan itu telah dilaporkan merebak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menggesa sesiapa saja yang didatangi individu berserta dokumen itu, supaya segera membuat laporan di balai polis berhampiran. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment