My Add

Wednesday 20 June 2012

Hujah Nik Aziz tidak tepati dalil

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Keputusan Rasulullah SAW melewatkan ibadat haji pada tahun keenam hijrah disebabkan masih terdapat golongan musyrik melakukan tawaf ketika itu selain ada yang bertawaf secara berbogel.

Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, justeru baginda membuat keputusan membersihkan Masjidil Haram daripada kedua-dua unsur tersebut sebelum mengerjakan ibadat haji.

Sehubungan itu, kata beliau, hujah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membolehkan ahli-ahli parti itu yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya umum menangguhkan ibadat haji dengan mengaitkan kisah penangguhan ibadat haji Rasulullah itu adalah tidak sesuai.

Tegas beliau, ini kerana hujah itu tidak menepati dalil berdasarkan isu yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment