My Add

Tuesday 5 June 2012

Ibu sarat mengandung maut ketika ke hospital untuk bersalin

PASIR PUTEH, SELASA, 05 Jun, 2012: Seorang ibu yang sarat mengandungi, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 12.6 Jalan Pasir Puteh- Cherang Ruku, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, Rodiautul Fatma Mohd. Rosli, 24, dari Kampung Jeram Pasu dekat sini dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerain untuk melahirkan bayi sulungnya itu.

Bagaimanapun katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah di bahagian leher selepas kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang di selekoh tajam berhampiran Bukit Peraksi Semerak yang turut menyebabkan dua mangsa yang berada dalam kereta sama cedera," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Puteh di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment