My Add

Wednesday 20 June 2012

Institusi kewangan perlu bekerjasama

*MOHD. Rizal Mohd. Jaafar (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Winston Emmanuel (kanan) sambil disaksikan oleh Awang Adek Hussin, Mohd. Radzif Mohd. Yunus (dua kiri) dan Adinan Maning (dua kanan) di majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara SME Bank dan Bank Simpanan Nasional di Menara SME Bank, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Institusi-institusi kewangan di negara ini digesa bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan faedah yang sama rata dan menyeluruh, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, banyak manfaat yang akan terhasil daripada kerjasama kerana ia mewujudkan sinergi yang lebih baik kepada kedua-dua pihak, selain daripada persaingan.

Ini kerana, jelas Awang Adek, persaingan antara institusi kewangan hanya memperlihatkan jurang antara satu sama lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment