My Add

Wednesday 20 June 2012

Janji beri khidmat cemerlang

PUTRAJAYA, SELASA, 19 Jun, 2012: ''Terima kasih kepada kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik saya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN), besar tanggungjawab ini," kata Datuk Seri Ali Hamsa.

Bekas Ketua Pengarah Unit Khidmat Awam Swasta (UKAS) itu turut berjanji akan memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara dan memajukan lagi sektor awam, terutamanya yang telah dilakukan oleh KSN, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

''Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri (Mohd. Sidek) yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang, ada beberapa contoh baik dan amalan baik akan diteruskan, antaranya beberapa perkara yang telah disusun oleh beliau," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, strategi New Blue Ocean Sea (NBOS), aktiviti Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang mempermudahkan cara sektor swasta berurusan dengan jabatan kerajaan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Ali berkata, paling penting beliau mahu produktiviti perkhidmatan awam dipertingkatkan dan ia boleh dilaksanakan dengan meneruskan dasar-dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai KSN Khamis ini di Parlimen diikuti dengan majlis serah terima tugas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment