My Add

Saturday 16 June 2012

Jerebu berlarutan ekoran cuaca kering

*IBU kota Kuala Lumpur yang dirakam pada pukul 4 petang semalam hampir hilang dari pandangan akibat jerebu teruk. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Jerebu melanda negara secara mendadak hari ini sehingga mencatatkan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 di Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Cheras.

Seperti kejadian jerebu sebelum ini, ia dikesan akibat asap tebal daripada pembakaran hutan yang dilakukan tanpa kawalan dan pemantauan oleh petani di Sumatera.

Keadaan berjerebu itu dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi ekoran cuaca diramal kering terutama di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.

Menurut jurucakap Jabatan Alam Sekitar (JAS), jerebu yang mula dikesan di beberapa stesen di sebelah pantai barat Semenanjung itu didapati berpunca dari kawasan titik panas iaitu pembakaran hutan di wilayah Riau, Sumatera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment