My Add

Tuesday 19 June 2012

Kakitangan KUIN serah memorandum kepada MB

ALOR SETAR, SELASA, 19 Jun, 2012 Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menuntut kerajaan negeri membela kebajikan mereka.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil mereka, Mohamad Azki Hafizi Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Azizan pada perasmian Majlis Budaya Kualiti Kuin 2012 hari ini.

Taulan menerima memorandum tersebut sebaik sahaja selesai majlis tersebut sambil disaksikan oleh lebih 60 kakitangan yang berpakaian serba putih sebagai simbolik mahu isu kemelut krisis kewangan Kuin diselesaikan segera.

Baru-baru ini, kakitangan Kuin mengemukakan memorandum tuntutan akibat kegagalan Kuin membuat bayaran kepada bank dan institusi kewangan selaku pihak ketiga sehingga berlaku tunggakan berbulan-bulan sedangkan gaji bulanan mereka dipotong bagi tujuan berkenaan.

Kakitangan mendakwa, kemelut itu berlaku dipercayai berpunca daripada krisis kewangan Kuin hingga kolej universiti tersebut turut menghadapi masalah membayar gaji kakitangannya bagi bulan Mei baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment