My Add

Monday 18 June 2012

Kelantan mundur 40 tahun

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun, 2012: Pentadbiran Pas di Kelantan bukan sahaja menyebabkan rakyatnya rugi selama 20 tahun, malah turut menjadikan negeri itu mundur 40 tahun.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) berkata, kemunduran itu terjadi kerana pentadbiran Pas lebih mendahulukan politik kepartian.

Menurutnya, akibat ‘keasyikan’ Pas berpolitik, banyak perkara asas kini telah menjadi masalah utama yang terpaksa dihadapi rakyat negeri itu.

“Jalan raya dan air adalah perkara asas di sesebuah negeri. Sehingga kini perkara itu masalah bagi rakyat.

“Pelabur luar juga takut untuk melabur di Kelantan kerana perkara asas masih menjadi masalah utama. Atas sebab itu ramai rakyat Kelantan mencari pekerjaan di luar negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment