My Add

Tuesday 19 June 2012

Kem PLKN tak ditutup walau pelatih dijangkiti virus H1N1

PADANG TERAP, ISNIN, 18 Jun, 2012: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara tidak akan ditutup meskipun terdapat kes pelatihnya dijangkiti virus Influenza A H1N1 kerana penyakit itu kini dikategorikan sebagai endemik.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, selepas serangan H1N1 yang mula dikesan pada 2009, Kementerian Kesihatan mempunyai panduan untuk mengawal dan merawat penyakit berkenaan jika ia menular di sesebuah institusi.

“Tiga tahun lepas jika ada kes H1N1, kem PLKN terpaksa ditutup dan pelatih terpaksa pulang ke rumah masing-masing. Didapati cara itu mungkin tidak berapa sesuai kerana ia boleh mengakibatkan virus berkenaan merebak dengan cepat dalam masyarakat pula.

“Keputusan Kementerian Kesihatan dalam menangani penyakit ini cukup positif dan kita sudah dapat melihat kesannya apabila bilangan pelatih yang dijangkiti menurun dengan cepat. Atas sebab itu peraturan penutupan kem PLKN sudah tiada," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment