My Add

Wednesday 20 June 2012

Kemahiran berkomunikasi tingkatkan perpaduan kaum

*TUNKU Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim memukul gong sebagai gimik perasmian RECCNI 2012 sambil diperhati oleh Allatif Mohd. Noor (dua dari kiri) di Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Rakyat diseru memperkasakan kemahiran berkomunikasi sebagai satu daripada syarat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim bertitah, ini kerana keghairahan masyarakat menongkah arus perubahan menyebabkan segelintir daripada rakyat mengabaikan kemampuan dan kemahiran berkomunikasi secara bersemuka.

"Perkara ini terjadi kerana kepesatan perkembangan teknologi yang menidakkan nilai manusiawi untuk berkomunikasi secara langsung.

"Untuk memenuhi kehendak semasa, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan memahami budaya, bahasa dan adat kaum serta bangsa lain," titah baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment