My Add

Thursday 7 June 2012

Keputusan kes Saiful Apek 25 Jun

PETALING JAYA, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes pelakon komedi, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan peguam, Mohd. Fadli Hashim yang mewakili kesemua tertuduh.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Dalam hujahnya, Ahmad Ishrakh berkata, berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, pihaknya berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya kerana mereka disahkan positif kanabis menerusi hasil ujian pengesahan dadah yang dibuat terhadap sampel air kencing masing-masing.

Beliau berkata, biarpun terdapat kesilapan penandaan tarikh pemungutan sampel pada label botol Saiful Apek dan Noremy, penjelasan sewajarnya telah diberi saksi pendakwaan kedua Sarjan M. Sanggar yang mengakui silap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10, yang mana kesilapan itu disedari saksi tersebut ketika memberi keterangan di mahkamah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment