My Add

Thursday 21 June 2012

Kerajaan Pas Kelantan perlu beri penjelasan urus niaga dinar

KOTA BAHARU, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kerajaan Pas Kelantan telah diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment