My Add

Monday 18 June 2012

Kerajaan Pusat agih RM90 juta bantu Kelantan

BACHOK, AHAD, 17 Jun, 2012: Kerajaan Pusat memperuntukkan hampir RM90 juta menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha membela kebajikan rakyat miskin di negeri ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan itu turut memberi manfaat kepada sebilangan besar warga tua, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU), termasuk bantuan segera kepada mereka yang ditimpa musibah bencana alam dan kebakaran.

Menurutnya, agihan bantuan sentiasa meningkat setiap tahun dan pada tahun ini 35,000 penduduk miskin di negeri ini menikmati manfaatnya.

"Peruntukkan itu antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Lestari Sukan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment