My Add

Monday 18 June 2012

Kerajaan Selangor 'gadai' kebajikan pengundi

*WAKIL Parti Gerakan menyampaikan kain rentang yang telah ditandatangani kepada Mohd. Zin Mohamed (tiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh A. Kohilan Pillay (lima dari kiri) pada majlis pelancaran program "Sayangi Teratai Yakini BN, Sayangi Selangor Yakini BN" di Sekolah Menengah Pandan Mewah, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun, 2012: Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengabaikan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan asas rakyat negeri itu membuktikan mereka sanggup menggadai kepentingan dan kebajikan pengundi sendiri.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sejak kerajaan PKR mengambil alih pengurusan negeri itu, banyak perkara asas diabaikan sehingga menjejaskan mutu kehidupan masyarakatnya.

Menurut beliau, selepas Pilihan Raya Umum 2008, pelbagai masalah mula timbul di Selangor, antaranya, isu longgokan sampah yang lambat dikutip, longkang tersumbat, lampu jalan rosak dan permukaan jalan raya yang rosak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment