My Add

Thursday 7 June 2012

Kerajaan tidak pernah abai tanggungjawab kepada rakyat: TPM


*TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Projek Puncak ketika hadir pada majlis ramah mesra warga Gombak dan pelancaran Projek Puncak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Effendy Rashid

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan ekonomi negara sentiasa berkembang pesat serta mampu menyediakan peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, Malaysia beruntung kerana pucuk pimpinan negara tidak pernah mengetepikan kepentingan untuk menyediakan peluang-peluang ekonomi kepada rakyat, khususnya golongan muda, bagi memastikan kehidupan mereka lebih terjamin.

"Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kini, banyak negara termasuk Amerika Syarikat dan Eropah berhadapan dengan masalah kewangan yang amat dahsyat, menjadi bankrap dan pertumbuhan ekonomi mereka begitu lembap, selain tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang diperlukan oleh rakyat.

"Dalam situasi ini Malaysia beruntung kerana kerajaan sentiasa bertanggungjawab menentukan negara kekal makmur, pelbagai inisiatif diambil untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, dan rakyat, terutamanya anak-anak muda mempunyai peluang pekerjaan yang terjamin, boleh ada pendapatan tetap," katanya.

Berucap pada majlis ramah mesra bersama warga Gombak anjuran Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati di sini, hari ini, Muhyiddin berkata pertumbuhan pesat ekonomi negara pada kadar 5.1 peratus tahun lalu dan 4.7 peratus untuk penggal pertama tahun ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment