My Add

Sunday 17 June 2012

Kerajaan tunai janji pasti perpaduan di kalangan rakyat: TPM

TAIPING, AHAD, 17 Jun, 2012: Selain memastikan pembangunan dan ekonomi stabil, perpaduan kaum yang terjalin erat sejak lebih 55 tahun lepas adalah antara janji yang sudah ditunaikan kerajaan kepada rakyat negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata, dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan berjaya memupuk dan mengeratkan perpaduan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Janji kami kepada rakyat, janji kami kepada orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan sebagainya bahawa walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, kerajaan kita harus mewujudkan situasi hubungan yang baik.

"Maka, Alhamdulillah kerjasama dan perpaduan telah dapat dijalin selama lebih 55 tahun, terbukti amat berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah Janji Ditepati di sini, hari ini. 

Beliau berkata, sehubungan itu, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh kerana rakyatnya yang bersatu dan bekerjasama dalam soal ekonomi, politik dan kebudayaan walaupun mempunyai latar belakang berbeza. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment